30 December 2012

murobbi pencetus kegemilangan....

Mari mengenal bintang ummah...

Syeikh Abdul Qadir :

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar.


Beliau juga telah melanjutkan pengajian ke Madrasah Darul Ulum ad-Diniyiah, Mekah dibawah asuhan Musnid Dunya al-Alim al-Allamah as- Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al-Fadani, seorang ulama hadis yang terkenal. Selepas itu beliau meneruskan pengajian ke Universiti Islam Umm Darman, Sudan dan akhir sekali mendapat ijazah kuliyah hadis dari Universiti Islam Madinah.

Banyak pengalaman telah beliau perolehi kerana kembara ilmu beliau bermula dari India melalui jalan darat merentasi benua sehinggalah sampai ke Mekah dan Madinah.


Sekembalinya ke tanah air, beliau telah menginfaqkan diri beliau untuk berdakwah dan kuliyah ilmu di segenap ceruk negeri tanpa mengira penat dan lelah serta habuan dunia. Sehingga sekarang beliau masih menyampaikan kuliyah-kuliyah ilmu di Masjid beliau di Kampung Dalam Lanas, Tumpat walaupun keadaan kesihatan beliau yang selalu uzur. Setiap kali turun ke masjid untuk memberi kuliyah, beliau terpaksa dipapah oleh dua orang murid beliau.

Beliau merupakan seorang yang amat warak dan zuhud serta amat menyayangi sesama manusia sama ada yang dikenali ataupun tidak. Beliau sentiasa membahasakan dirinya sebagai ‘ayah’ kepada para murid beliau. Setiap kali menyampaikan kuliyah, tangisan dan air mata tidak dapat dielakkan tatkala tiba pada kalimah-kalimah ayat al-Quran yang membicarakan tentang dosa dan neraka. Pernah juga beliau berhenti mengajar kuliyah kerana ingin diamalkan terlebih dahulu isi kandungan kitab yang ingin disampaikan kepada murid-murid beliau.

Setiap kali bersalaman, pasti beliau akan memeluk seseorang itu sambil membisikkan ketelinga orang tersebut “tolong doakan ayah etek deh.” Tersentuh hati ambo yang jahil ini apabila seorang alim begitu meminta kita yang jahil ini memohon doa kepada ALLAH untuk dirinya.Pok su juga ada berkata kepada ambo bahawa beliau lebih jahil dari ambo dan orang lain,masyaALLAH..begitu merendah diri sedangkan ambo ini sangat jahil dan timbul rasa malu kerana hakikatnya ambo yang terlebih jahil.

Lidahnya tidak pernah sunyi dari zikir dan doa.Jari telunjuknya sentiasa bergerak menandakan hatinya sentiasa mengingati ALLAH. Setiap kali melangkah, pasti ada zikir, doa dan wirid yang disebut beliau. Beliau juga merupakan guru Tareqat Ahmadiyah Idrisiyah ad-Dandarawiyah yang diterima beliau melalui tiga sanad yang berbeza.Alhamdulillah,syukur kepada ALLAH subhanahuwataala ambo berasa amat bertuah sekali kerana sempat beliau yakni pok su musa mendoakan ambo dan meniup doanya diatas kepala ambo yang hina ini disisi ALLAH subhanahuwataala.

Antara kelebihan yang ALLAH subhanahuwataala kurniakan kepada beliau adalah dapat menafsir keadaan jiwa seseorang yang datang untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar beliau sebagaimana yang diceritakan oleh kebanyakan murid beliau.Buktinya beliau dapat menegur kesalahan dan kesilapan ambo tampa ambo memberi tahu kepadanya.SubhanaALLAH.

Nama beliau cukup masyhur meniti dibibir para pencinta ilmu terutamanya pelajar pondok di seluruh negara. Sehinggakan ramai yang datang dari jauh untuk mengenali beliau setelah dicadangkan oleh para guru-guru pondok.

Semoga ALLAH SWT akan terus memberkati usia beliau dengan kebaikan dan ibadah kerana para murid beliau masih terlalu dahagakan ilmu yang berada dalam gedung simpanan beliau itu..

28 December 2012

keagungan bumi mesir...




Oleh : Syeikh Muhammad Al-A'rifi

Khutbah yang terbaik menghuraikan kelebihan negara Mesir oleh pendakwah Islam, Syeikh Muhammad Al-'Arifi sehingga dipuji oleh ulamak Mesir termasuk Dr Umar Abdul Kafi. Khutbah disampaikan di sebuah masjid di negara Saudi. Sesiapa yang faham Bahasa Arab, boleh merujuk sendiri huraian yang terbaik bersandarkan kepada fakta sejarah.

Antara isi kandungan, Syeikh 'Arifi berkata:

"Kiswah (kelambu) Kaabah dijahit dan ditenun di Mesir sejak zaman Saidina Umar Al-Khattab رضي الله عنه sehingga lebih 100 tahun.

-Ingat Mesir merupakan pertahanan untuk Palestin, jihad dan mujahidin kerana Salahuddin Al-Ayyubi menetap di sana untuk membebaskan Baitul Maqdis.

-Allah sebut secara jelas nama 'Mesir' empat kali dalam ayat Al-Quran dan tidak secara jelas dalam 30 ayat yang lain yang ditafsirkan oleh ulamak yang dimaksudkan ialah 'Mesir'.

-Allah tidak sebut nama-nama sungai lain kecuali Sungai Nil iaitu 'al-Yamm'.

-Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Kamu akan membuka Mesir maka berbuat baiklah kepada penduduknya."

-Kalau anda mahukan ilmu Al-Quran dan tajwid, pergilah ke Mesir. Mesir kaya dengan ilmu Al-Quran, carilah sesiapa ulamak yang fasih Al-Quran, pasti berguru dengan guru Al-Quran dari Mesir walaupun sekadar mengikuti mereka sebagai makmum solat.

-Di Mesir, terdapat tempat 'ribat' yang didiami oleh mujahidin untuk pertahankan Islam iaitu di Iskandariah.

-Amru bin Al-'As membina masjid pertama dibina di Benua Afrika yang diletakkan kiblatnya tidak kurang oleh 80 orang para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

-Mesir pernah memimpin dunia Islam selama 265 tahun, iaitu kejatuhan Abbasiyah di Baghdad tahun 656 hijrah sehingga terbina Khilafah Uthmaniyah di Turki tahun 924 hijrah.

-Jumlah para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang menziarahi, menetap, memerintah, diutuskan dan meninggal dunia di Mesir lebih 350 orang.

-Umar bin Abdul 'Aziz رضي الله عنه dilahirkan di Mesir.

-Mesir tidak dapat dipisahkan dengan Al-Azhar, sumber ilmu dunia Islam tertua di dunia.

-Mesir terkenal dengan ulamak, fuqaha' dan solihin. Imam Sa'da bin Laith yang dikebumikan di Mesir, diakui oleh Imam Syafie dengan katanya: "Laith lebih alim daripada Malik". Dua imam besar yang menghasilkan 'Tafsir Jalalain', Imam Jalaluddin Al-Mahalli yang kemudian disempurnakan kitab tafsir beliau oleh Imam As-Suyuti. Imam Daqiq Al-'Eid, imam besar dalam ilmu Hadis, Imam Ibnu Hajar Asqolani, Imam Zakaria Al-Ansori yang berusia lebih 100 tahun dan tidak pernah tinggal qiamullail hingga meninggal dunia, Syeikh Ali As-So'idi Al-'Adawi dari keturunan Saidina Umar Al-Khattab, Saiyidi Ahmad Ad-Dardir yang dikenali sebagai 'Al-Maliki Soghir' selain ramai imam dalam ilmu qiraat seperti Imam Syatibi dan Imam Warsy.

-Juga Mesir tidak terasing dengan wira dan pejuang agama seperti Ibnu Muhammad Sahl yang menegur pemerintah, Khalifah Syiah, Ubaidi yang memerintah Mesir dalam satu tempoh. Ubaidi bertemu Ibnu Muhammad dan bertanya: "Benarkah kamu berkata, "Jika aku memiliki 10 panah, 1 aku akan memanah tentera Salib dan 9 lagi aku akan memanah Ubaidi?"

Jawab Ibnu Muhammad: "Tidak benar, aku tidak berkata demikian, tetapi aku berkata, "Jika aku memiliki 10 anak panah, 9 aku akan panah Ubaidi dan 1 yang terakhir pun untuk memanah Ubaidi kerana kamu mengubah agama Islam, mencerca sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم, menyelewengkan Al-Quran!!"

Lalu Ubaidi marah dan mengarahkan Ibnu Muhammad ditangkap. Beliau kemudian diikat dan diperintahkan seorang Yahudi untuk memotong badan Ibnu Muhammad. Yahudi tersebut mengelar dan memotong daging tubuh Ibnu Muhammad seperti dipotong daging kambing hingga meninggal dunia dalam keadaan beliau membaca Al-Quran.

-Kita tidak bercakap sebuah negara biasa tetapi kita bercakap sebuah tempat yang dimuliakan." Dan banyak lagi..

Semoga ALLAH memelihara Mesir, rakyatnya dan mereka yang berada di dalam buminya.

23 December 2012

meniti jejak tari az-zubaili...


mujahidah ummat...

telah dewasa dirimu bersulam kekentalanmu dalam menepis gurauan ummat yang menghulurkan suara merengek agar mahukan engkau jatuh kedalam perigi buta yang menunggu kehinaan andai rebah tanpa rasa mahu bangkit dari peristiwa yang lalu datang membidas sejarah luka...

bukan berbulan,malah bertahun engkau pernah tersungkur dimedan kelesuan,
engkau sembunyikan kekuatan itu sehingga panas terik itu datang melibas kejahilan yang memandang..
betapa luka itu engkau sambut dengan senyuman,terkadang butiran jernih yang menjunam dari kelopak menceritakan segala..
yang memikul sudah sememangya perit dari yang sekadar cuba mengambil rasa tetapi tidak mampu untuk merasa kerana mereka bukan sepertimu...
yang cuba merasa itu tampak riang bila bersama gelak ketawa ramai..tapi bila direndam dengan ujian yang membias seolah merasa dunia sudah berakhir...


az-zubaili itu semangatnya bukan sedikit....

renungkanlah segala sifat kepahlawanan ini hingga hujung usiamu,
dicedok dari sunnah para nabi yang tidak pernah berundur memegang senjata hina..
usah memilih jalan yang diawalnya lurus tetapi dipenghujungnya penuh kaca yang berceracak menunggu nista.
menarilah dengan lenggok ilmu yang walaupun sukar dimengerti,walau terpaksa melabuhkan hijabmu hingga mata yang memandang seolah terherot bibirnya,juga walau terpaksa mendukung caci maki..tetapi lorong yang pada mulanya agak sukar dan seakan membuatkan engkau lemas itulah punca engkau hebat dimata ROBBUL JALIIL...



jadilah anak kecil az-zubaili...
paginya dengan kalaamulloh menghiasi belahan bibir mulus..
waktu petangnya adalah bercahaya dengan zikir yang tidak pernah putus..
waktu tidurnya penuh mimpi indah yang mampu menguatkan langkah yang terkadang becak dari syariah..



bukan cinta khalayak yang dicari,
tetapi jadilah orang yang dirindui bila engkau tiada disisi..

dunia itu bukanlah tempat berhenti selamanya...
tetapi sekadar hidup untuk mencari arti...

betapa ramai yang sudah hanyut dalm mencari..
tetapi ALHAMDULILLAH engkau masih terus berdiri tanpa henti...


ingatlah duhai anak kecil az-zubaili..

bukan mudah untuk menjadi insan yang dipilih..
tetapi teramat mudah bagi yang dipilihNYA..

janganlah mudah merajuk dengan usikan ujian...
kerna musuh pejuang adalah yang kalah dengan ujian juga kenikmatan..

moga langkahmu itu selalu tersenyum dengan keberanian...
walau rebah seketika itu anggaplah peneman untuk mencari ketaatan...

------------------------------------------------------------------------------------------------

bingkisan motivasi khas untuk yang sudi mencari kekuatan dalam kelemahan.....






19 December 2012

..jangan bercerita tentang wanita lain..


Bismillahirrahmanirrahim…

Beberapa isteri yang memiliki hati dan niat baik ketika melihat seorang wanita muslimah berkepribadian jelita dan memiliki perangai yang baik tak ragu untuk menceritakan tentang sifat-sifat wanita itu di depan suaminya. Ia pun memuji-muji wanita itu di depan sang suami. Ia tak segan-segan menyebut namanya dan memberikan pujian untuk wanita tersebut setelah ia menjumpainya. Isteri ini mungkin tidak tahu jika hati terkadang lebih dulu jatuh cinta daripada dua mata sekalipun hanya melalui apa yang telah didengarkan saja.

Ketika sepasang suami isteri ini hidup dalam keharmonian, mungkin tidak akan jadi masalah. Tapi tiba-tiba kehidupan boleh saja menjadi keruh di antara keduanya. Sag istri pun tidak tahu apa penyebabnya. Kemudian setan masuk untuk menyempurnakan kehancuran rumah tangga ini. Syaitan telah menemukan lubang untuk memusnahkan rumah tangga tersebut. Syaitan mulai masuk mempengaruhi suami dengan menyibukkannya untuk mencari jalan agar boleh melihat wanita yang dulu selalu diceritakan oleh istrinya. Ia lalu mencari berita tentang wanita tersebut, mencari tahu keadaannya, apakah wanita itu sudah menikah atau belum, mencari alamat rumahnya, bertanya tentang berapa umurnya, dan hal-hal yang lain. Bahkan terkadang saat sang suami sedang berada di tengah keluarga, setan membisikkan wanita itu ke telinganya. Suami pun kemudian berkhayal jika wanita itu sedang berada di depannya. Hal ini membuat ia mulai membenci sang isteri dan mencari alasan untuk menyakitinya. Suami itu juga berusaha untuk memberitahu sifat buruk isterinya di depan orang lain. Ini semua ia lakukan untuk membenarkan diri dan memberikan legitimasi agar bisa menempuh jalan setan yang telah direncanakannya. Oleh karana itu syariat Islam melarang seorang istri untuk menceriakan tentang wanita muslimah lain di hadapan sang suami.

Atau mungkin saja kisah seperti ini akan mengacaukan kehidupan rumah tangga hingga menjadi kehidupan yang menyakitkan karana pasangan suami isteri ini memiliki anak-anak dan keluarga besar. Suami tidak berani untuk menjalin hubungan dengan wanita yang dulu selalu diceritakan isterinya dengan alasan materi, pribadi, atau karena alasan sosial. Tapi ini semua justru akan melahirkan masalah-masalah baru yang akan menghancurkan rumah tangga dan menelantarkan anak-anak mereka. Lalu suami pun mulai berani untuk menempuh hal-hal yan diharamkan seperti merokok dan yang lainnya. Setan pun kemudian menggiring sang suami untuk meneguk minuman keras, dan menempuh jalan hina serta penuh tipu daya. Rumah tangga akan tersingkirkan dan kemudian meninggalkan pendidikan anak-anak. Sungguh benar apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam

لا تباشر المرأة المرأة ، فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها

“Janganlah seorang istri menceritakan seorang perempuan lain lalu menyifati (kecantikan) wanita itu kepada suaminya seakan-akan ia (suami) melihatnya.” (HR. Bukhari 5240, dari hadits Abdullah bin Mas’ud)


♡ SEMOGA BERMANFAAT ♡

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khair

♡ SALAM SANTUN UKHUWAH FILLAH ♡


15 December 2012



Tawaran Istimewa Web Hosting

Untuk Lelaki Perkasa


Zinedine Zidane: Solat Bikin Hatiku Tenang
Posted on Friday, December 14 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Luar Negara Sumber GB

Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola Benua Biru.

Ya, tak sedikit yang memuji penampilan Zidane. Bahkan Pengarah Teknik UEFA, Andy Roxburgh menyanjung lelaki keturunan Algeria tersebut adalah pengeluaran dari syurga. (Baca: Zinedine Zidane Pengeluaran dari Syurga).

“Saya percaya di kepalanya (Zidane) ada tulisan ‘made in heaven’. Dia benar-benar anugerah dari Tuhan,” ujar Andy di satu kesempatan.

Bekas pengatur serangan Les Bleus ini dikenali sebagai pemilik gaya menggiring bola sambil meliukkan badan. Tidak seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang ketika mendapat peluang langsung menggiring si kulit bundar menusuk ke jantung pertahanan lawan kemudian menceploskan bola. Zidane tampil laiknya maestro seniman lapangan dengan memperagakan penampilan elegan dan indah. Namun, lawan dibuat tidak berkutik lantaran sukar merebut bola dari kakinya.

Lelaki yang kini menjabat Pengarah sukan Real Madrid ini merupakan sosok playmaker yang sempurna bagi kelab mahupun timnas. Pada masanya, hanya Ronaldo Luiz Nazario de Lima yang boleh dikatakan sejajar dengannya. Lelaki berbangsa Perancis itu mampu mengolah bola dengan baik dan memberikan operan maut yang boleh menembusi pertahanan lawan.

Kemampuannya mengocek bola membuat lawan terpana, sebab seolah-seolah bola melekat di kakinya. Alhasil hampir semua kejohanan, baik di kelab mahupun timnas berjaya direbut bekas pemain Juventus ini. Tak heran bila Zidane mampu meraih gelar tiga kali Pemain Terbaik Dunia FIFA (1998, 2000, dan 2003).

Peminat bola sepak dunia pasti masih ingat dengan puncak Liga Champions 2001/2002, yang mempertemukan Madrid kontra Bayer Leverkusen. Skor ketika itu sama kuat, 1-1. Menerima umpan dari Roberto Carlos yang menyisir sisi kanan pertahanan Leverkusen, Zidane melakukan tendangan first time dan membuat kedudukan menjadi 2-1. Madrid meraih gelar Liga Champions kesembilan.Gol tersebut dinilai gelandang Chelsea dan Timnas Inggeris, Frank Lampard sebagai gol terbaik sepanjang masa.

Meski capaiannya di lapangan luar biasa, namun Zidane tidak lupa untuk meletakkan dirinya sebagai seorang Muslim. Ia disebut-sebut sebagai atlet dunia yang taat menjalankan kewajipan solat lima waktu. Dengan menunaikan perintah yang menjadi tiang agama tersebut maka Zidane mengaku penampilannya di lapangan bisa semakin baik. “Solat adalah sumber kekuatanku. Kerana setelah solat, hati serasa tenang, ”

Prestasi Zidane:

Scudetto Liga Itali Serie-A musim 1996/1997 dan 1997/1998 bersama Juventus
Piala Dunia 1998 bersama pasukan Perancis
Piala Eropah 2000 bersama pasukan Perancis
Liga Champions 2002 bersama Real Madrid
Piala Toyota (sekarang Piala Dunia Antara kelab) pada 1996 (bersama Juventus) dan 2002 (Bersama Madrid)
La Liga Sepanyol musim 2002/2003 bersama Madrid
Runner Up Piala Dunia 2006 bersama pasukan Perancis
Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 1998, 2000, dan 2003.
Pemain Terbaik Eropah pada 1998

12 December 2012



Nabi Yusuf dan kebangkitan Mesir

Akademi Tarbiyah DPPM , 03 Dis 2012
Antara sunnatullah (hukum Allah) itu adalah bahawa Allah Taala akan memberikan cubaan kepada penerus risalah dan gerakan dakwah ini sebelum menjadikannya berkuasa di muka bumi-Nya. Inilah sunnatullah yang tidak akan berubah seperti yang telah dijanjikan Allah. Di Mesir, Nabi Yusuf adalah salah seorang pengembang dakwah di negara itu. Dia pernah digoda dan dirayu oleh seorang isteri penguasa pada zamannya dengan perhiasan dan keindahan parasnya.

Peristiwa ini disebutkan di dalam firman Allah Taala, maksudnya:

"Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia menutup pintu-pintu, lalu berkata; Hampirilah kepadaku. Lalu Yusuf berkata; Aku berlindung kepada Allah, sungguh, tuanku telah memperlakukan aku dengan baik. Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak akan beruntung." (Surah Yusuf : ayat 23)

Sesungguhnya Allah Taala telah menyelamatkan Baginda daripada perbuatan haram dan penzinaan. Lazim diketahui bahawa, kala usia muda, naluri dan nafsu seseorang itu sering melonjak-lonjak. Naluri ini merupakan makhluk buta yang tidak dapat melihat, makhluk tuli yang tidak dapat mendengar, makhluk bisu yang tidak dapat berbicara, naluri yang mendesak pemiliknya agar menyalurkan hasil kemaksiatan dan dosa.

Hal yang sama juga dirasakan Nabi Yusuf a.s., meskipun dia masih muda dan berada jauh daripada pantauan orang-orang tuanya akibat dengki dan cemburu saudara-saudaranya, dan meskipun tatkala itu Baginda hanya tinggal berdua dengan isteri sang penguasa itu, akan tetapi Baginda Yusuf lebih memilih untuk berpegang teguh kepada tali agama Allah sehingga Allah pun menjaga kehormatan dan kemuliaannya.

Allah Taala berfirman tentang perkataan isteri penguasa tersebut:

"(Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi daripada orang-orang yang hina." (Surah Yusuf : ayat 32)


Sikap dan peribadi Nabi Yusuf a.s. menjadi benteng kepada Baginda untuk segera menjauh dan terhindar daripada kemaksiatan. Hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Allah Taala di dalam firman-Nya:

"Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (pilihan kami terhadap Yusuf) untuk menjauhkan daripada Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan daripada segala dosa." (Surah Yusuf : 24)


Nabi Yusuf telah memilih ujian dengan hati yang lapang, sekalipun nafsunya tidak dipenuhi namun jiwanya sentiasa meronta-ronta menagih redha Allah, sehingga Baginda-pun rela mendekam di dalam penjara walau dalam keadaan dizalimi sang penguasa. Hal ini kerana Nabi Yusuf menyedari hampir-hampir sahaja dirinya jatuh ke dalam jurang kenistaan, bahkan di dalam sebuah hadis disebutkan bahawa, "Tidaklah sempurna keimanan seseorang yang sedang berbuat zina." (Riwayat Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi)

Cubaan yang dilalui oleh Nabi Yusuf sangat getir. Baginda dimasukkan ke dalam penjara kerana perbuatan yang tidak dilakukannya sama sekali. Baginda menerima semuanya dengan hati yang tenang dan menyerahkannya kepada Allah Taala, kerana yakin bahawa tidak ada sesuatu pun yang terjadi di dunia ini melainkan atas izin dan kehendak Allah Taala. Dalam hal ini Allah Taala berfirman:

"Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata; Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara daripada apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".

"Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

"Kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dibebaskan) hingga ke suatu masa." (Surah Yusuf : 33-35)


Nabi Yusuf telah berhasil melalui berbagai cubaan yang berat, sehingga Baginda menjadi salah seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di negeri Mesir kala itu. Imam Syafi'e pernah ditanya, "Manakah yang lebih dahulu antara diuji atau mempunyai kedudukan?".

Lalu beliau berkata, "Tidak ada seorangpun (daripada pilihan Allah) yang mempunyai kedudukan sebelum diuji terlebih dahulu".

Menyebarkan Risalah Tauhid Di Penjara

Meskipun dimasukkan ke dalam penjara kerana ditohmah dan difitnah oleh seorang isteri sang penguasa, Nabi Yusuf tetap berdakwah dan menyampaikan nasihat kepada orang lain yang berada di penjara bersamanya. Hal ini tergambar dalam firman Allah Taala:

"Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang daripadanya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata; Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur. Dan berkata pula yang seorang lagi; Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung. (Kemudian keduanya berkata); Terangkanlah kepada kami akan takwilnya. Sesungguhnya kami memandangmu dari orang-orang yang berbuat kebaikan (untuk umum)." (Surah Yusuf : ayat 36)


Setelah beberapa lama kedua-dua banduan itu berinteraksi bersama Nabi Yusuf, akhirnya mereka dapat mengenal keperibadian dan budi pekertinya yang baik di samping ketakwaan dan kesolehannya. Oleh itu, ketika dua pemuda tersebut bermimpi, maka mereka pun berkata kepada Nabi Yusuf, "Berikanlah kepada kami takwilnya. Sesungguhnya kami memandangmu termasuk orang yang berbuat baik (berakhlak mulia)".

Karakter pendakwah sejati akan selalu terlihat bila-bilapun dan di manapun. Akidah yang bersih, ibadah yang benar dan budi pekerti yang baik akan sentiasa terpateri dalam diri setiap saat, bahkan ketika berada dalam penjara dan mengalami kesulitan di dalam hidup. Nabi Yusuf membuktikan kenabiannya kepada mereka dengan takwil mimpi. Dia dapat mengetahui makanan apa pun yang akan diberikan sebelum sampai kepada mereka berdua. Hal ini adalah pengetahuan tentang sesuatu yang ghaib. Tidak ada seorangpun yang mengetahui hal-hal yang ghaib selain Allah dan orang-orang diberitahu Allah di antara Para Nabi dan Rasul-Nya. Allah Taala berfirman:

"Kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) mengadakan penjaga-penjaga (Malaikat) di depan dan di belakangnya." (Surah al-Jinn : ayat 27)


Sifat rendah hati Nabi Yusuf diperhatikan oleh teman-temannya di penjara ketika menyandarkan ilmu yang diketahuinya kepada Pemiliknya yang hakiki, yakni Allah Taala dengan mengatakan:

"(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takwil mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian daripada apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku (Allah). Dengan sebab itu aku meninggalkan pegangan kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat." (Surah Yusuf : ayat 37)

Hal ini adalah salah satu kaedah Nabi Yusuf dalam mengajak mereka untuk beriman kepada Allah dan mengesakanNya. Dia-lah Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan Maha Mengetahui segala sesuatu yang ada di langit dan bumi. Salah satu bentuk pengaplikasian tauhid di dalam kehidupan sehari-hari adalah prinsip Baginda yang mengingkari perbuatan syirik dan penyembahan terhadap berhala. Nabi Yusuf menyatakannya secara jelas kepada kaumnya dan mengajak mereka untuk beriman kepada Allah Taala dengan menuturkan, "Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, bahkan mereka tidak percaya kepada hari akhirat".

Nabi Yusuf mengikuti kaedah dakwah para pendahulunya daripada kalangan Nabi dan Rasul yang telah diutus kepada kaumnya masing-masing. Baginda Yusuf bukan orang yang melakukan perbuatan bida’ah dalam kenabian dan urusan agama, namun dia adalah pengikut setia agama yang benar. Allah Taala menerangkan perkataan Nabi Yusuf di dalam firman-Nya:

"Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku; Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid – mengesakan Allah ialah hasil daripada limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (Surah Yusuf : ayat 38)


Nabi Yusuf a.s. menyandarkan semua nikmat yang diterimanya kepada Allah semata-mata. Setelah itu, Nabi Yusuf berdialog dengan teman-temannya di penjara mengenai tuhan-tuhan yang selama ini mereka sembah.

"Wahai sahabatku berdua yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa?" (Surah Yusuf : ayat 39)


Allah adalah Tuhan yang sebenarnya dan apa-apa sahaja yang diseru selain Allah adalah batil. Sebab, tuhan-tuhan yang disembah kaumnya dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri dan mereka pula yang memberikannya nama. Sembahan yang mereka anggap sebagai tuhan itu tidak dapat mendatangkan manfaat dan menolak bahaya untuk dirinya apalagi untuk orang lain.

Nabi Yusuf Berperanan Sebagai Menteri Perbendaharaan


Kisah Nabi Yusuf yang berperanan sebagai menteri perbendaharaan dimulai ketika dia menafsirkan mimpi raja. Pada saat menjalani hukum penjara, Nabi Yusuf harus menafsirkan mimpi orang yang memerintah negara dan memenjarakannya iaitu raja Mesir pada ketika itu. Namun, Nabi Yusuf tetap menyebutkan tafsir mimpi yang benar dan memberi saranan yang baik kepada raja tanpa mengharapkan imbuhan moral mahupun material. Allah Taala berfirman:

"(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia); Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya." (Surah Yusuf : ayat 46)


Pada saat itu tidak seorang pun yang mampu menakwilkan mimpi tersebut dan para sekratariat kerajaan mengatakan, "Itu adalah mimpi-mimpi yang tidak memberikan apa-apa makna". Salah seorang teman sepenjara Nabi Yusuf meminta kepada raja untuk memberitahukan mimpi yang dialaminya itu kepada Yusuf kerana dia pernah menakwilkan mimpi yang alaminya.

Setelah mendengarkan cerita mimpi utusan raja, Yusuf menyusun strategi jitu dalam jangka 15 tahun untuk menyelamatkan negara daripada bencana kelaparan. Seperti ditafsirkan, bahawa akan datang musim kemarau yang berpanjangan, sehingga diperlukan pentadbiran perbendaharaan sumber negara dalam jangka masa yang panjang agar rakyat Mesir mempunyai makanan yang cukup. Allah Taala berfirman:

"Yusuf menjawab; Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa-apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan." (Surah Yusuf : ayat 47)


Rakyat Mesir diarahkan agar menyimpan makanan secukupnya agar dapat membekalkan sedikit untuk masa krisis kemarau berpanjangan. Allah Taala berfirman:

"Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit daripada apa-apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)." (Surah Yusuf : ayat 48)


Pada masa kemarau, rakyat akan bergantung kepada makanan yang disimpan sebelum ini. Jika ada orang yang tidak memiliki persediaan makanan yang cukup maka apa yang harus mereka lakukan dalam situasi yang sulit tersebut? Maka, tidak diragukan lagi bahawa mereka yang kesempitan harus berhutang terhadap orang lain. Seperti yang dikatakan pepatah, "Hutang membuat gelisah di malam hari dan membuat malu diri sendiri di hadapan orang lain pada siang hari."

Setelah masa sempit datanglah masa kejayaan, dan setelah kegelapan terbitlah fajar. Itulah tahun yang ke-15 seperti yang ditakwilkan oleh Nabi Yusuf. Pada masa itu hujan turun membasahi bumi yang membuatnya hijau dan tanaman pun tumbuh di mana-mana, sehingga banyaklah pohon yang berbuah dan dapat dipetik manusia dengan mudah. Allah Taala berfirman:

"Setelah itu akan datang tahun, di mana manusia diberi hujan (dengan cukup) dan pada masa itu mereka memeras (anggur)." (Surah Yusuf : ayat 49)


Demikianlah yang ditafsirkan oleh Nabi Yusuf sehinggalah tiba waktu pengadilannya Baginda dibebaskan daripada penjara setelah dibuktikan siapa sebenarnya yang bersalah. Reputasi Baginda Yusuf melonjak cemerlang bukan sahaja di mata manusia bahkan kepada setiap makhluk di alam ini. Kebenaran yang ada pada Nabi Yusuf ibarat sinar mentari pada siang hari, cahaya bulan di malam hari dan cahaya fajar pada waktu subuh. Isteri penguasa yang memfitnah Nabi Yusuf mengakui kesalahannya. Wanita itu bersaksi bahawa dialah yang melakukan konspirasi terhadap Yusuf.

Nabi Yusuf keluar dari penjara dalam keadaan terhormat menuju istana raja dan diangkat menjadi seorang menteri. Tiada keraguan bahawa seseorang itu tidak disyariatkan untuk meminta-minta jawatan, namun apabila tidak seorangpun yang absah dalam sesebuah jabatan maka dia harus berada di garis hadapan memangkunya. Hal ini kerana, Yusuf adalah Nabi yang menerima wahyu daripada Allah, tindakan bernas bukan daripada akal semata-mata, tetapi juga daripada kebersihan jiwanya meyakini Allah itu Tuhan sejati. Allah Taala berfirman:

"Dia (Yusuf) berkata; Jadikanlah aku bendaharawan negeri (Mesir); karena sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, dan berpengetahuan." (Surah Yusuf : ayat 51)


Kisah Nabi Yusuf a.s. berakhir dengan bahagia, kerana Allah Taala menganugerahkan kedudukan kepadanya di negeri Mesir sebagai orang menjaga amanah kerajaan. Seorang yang diiktiraf amanah oleh Allah, kemudiannya menjaga amanah rakyatnya, dan hal ini tidak akan terjadi di dunia kecuali di atas kehendak Allah Taala.

Inilah petunjuk Allah kepada kita umat Islam tentang akhlak Nabi Yusuf yang sewajibnya dimiliki oleh para pemuda. Hanya kepada Allah kita memohon agar menjadikan kita termasuk antara orang-orang yang beramal dengan ikhlas kerana mengharapkan redha-Nya.

http://www.tarbawi.my

09 July 2012

tak ada yang percuma dalam hidup ini


Bismillah... diceritakan suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil..lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya..,''wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk...''

mendengar sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya..

lelaki itu terkejut dan berkata.., ''wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma..Janganlah menangis kerana ini..''.

Ibrahim bin Adham menjawab, ''wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku berfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah..??Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya??....''

kenapa menerima kamu??nah, ini jawapannya..


Bismillah..sekali lagi aku diberi peluang untuk bersua diruangan yang tak berapa luas ini. tapi cukuplah bagi seorang yang baru bertatih semula dalam dunia blog macam aku ni..hi.hi. Hari ini aku ingin kongsikan dengan kalian pasal perkara yang rancak diperbualkan kini..yang tak lain dan tak bukan about 'MARRIAGE' walaupun aku sendiri tak pernah merasa benda ni...sekadar pekongsian dengan sahabat...hi.

Selalu sangat kita dengar pasangan-pasangan yang dah kahwin ni duk cerita pasal pasangan mereka..seolah-olah tidak meyakini ketulusan  zauj atau zaujahnya.....
................................................................................................................................................................................................................


zaujah::  ''kenapa awak pilih saya?? sedangkan awak sendiri tau saya orang biasa.....sungguh saya tak setanding dengan awak..boleh saya tau jawapannya awak....??''

Ish..ish..ish...nak tau sangat kan???Nah jawapannya....

''saya orang tak berharta..tak macam orang lain..kenapa awak masih menerima saya??''

''dan menikahlah orang-orang yang sendirian antara kamu, dan orang yang layak berkahwin diantara hanba sahayamu yang perempuan..Jika mereka miskin, DIA akan memampukan mereka dengan rezekiNya..dan Allah Maha Luas pemberianNya dan Maha Mengetahui...''

Allah telah berfirman dalam surah An-Nur ayat 32 supaya kita beramal denganNya..harta-harta kita itu adalah anak-anak kita kelak..dan Allah sentiasa menepati janjiNya..ngerti kamu??hi..

''saya adalah wanita yang tak berkedudukan, kenapa awak menerima saya??''

saya bertawakal kepada Allah sesuai dengan firmanNya dalam surah at-Thalaq ayat 2-3.......

''barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, dia akan mengadakan dirinya jalan keluar..dan memberi rezeki padanya tak disangka-sangka..dan barangsiapa bertawakal pada Allah maka dia akan mencukupinya, sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya..sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan pada tiap-tiap sesuatu...''

''saya tak cantik..kenapa awak menerima saya??''

''saya memahami Allah tidak memandang rupa manusia kenapa saya harus melampaui hal itu??..

''sesungguhnya Allah tidak memandang rupa kamu, tidak juga harta kamu, tapi Allah melihat pada hati dan amalan kamu..'' (hadis riwayat muslim)

kecantikan dan ketampanan anugerah Allah..dan saya juga bukan lelaki yang tampan..Jadilah orang yang tawadhuk dan sederhana serta mampu menerima kekurangan atau kelebihan masing-masing..sebab tu saya terima awak..''

.......................................................................................................................................................................................................

apa yang penting dia telah menerimamu kerana agama yang ada pada kamu..dia ikhlas menikahi kamu dan menerima seadanya..ketahuilah nama kalian telah disandingkan dilangit Allah..syukurlah...tapi kenapa masih kalian nak pertikaikan...(aku pulak yang lebih-lebih...hi.hi) doakan aku jugak...orang lain je yang selalu berjabat tangan ngan tok kadi...jelous jugak ni...

hadis riwayat Tabroni dan Hakim telah mengatakan ''barangsiapa yang diberi isteri yang solehah sesungguhnya dia telah diberikan pertolongan untuk meraih separuh dari agamanya, kemudian hendaklah bertakwa untuk separuh yang lain..Alloh..Alloh..Alloh.....semoga aku jugak dapat memiliki isteri yang solehah nie...aminnnnnnnnn... hi.hi.

aku yang masih menunggu..hi.hi. 

07 July 2012

apa sebab mencegah kemungkaran itu perlu?


Bismillah..sekali lagi aku diberi kekuatan untuk melanjutkan entry terbaru sebagai perkongsian buat sahabat yang budiman.rasa makin bersemangat pulak untuk aku update blog ni kerna ada yang selalu menghiasnya..terima kasih pulut gaul nyor.hi.hi


Telah berkata imam ghazali hujjatul islam, ketahuilah bahawasanya amar makruf nahi mungkar adalah puncak yang tertinggi didalam islam,ia merupakan suatu soal yang sangat penting sekali kerana Allah s.w.t telah mengutuskan para nabi sekaliannya..andaikata tugas ini dilengahkan, dan segala Jentera amar makruf dan nahi mungkar itu dicuaikan samada dalam ilmu mahupun amalan, tentulah kesesatan bermaharajalela dan kejahilan terus akan melanda setiap orang dan ketika itu negara akan menjadi rosak binasa,manakala rakyatnya menjadi kacau bilau..


Tidak salah rasanya untuk aku menceritakan pengalaman aku dalam ruangan sempit ini pasal amar makruf nahi mungkar..peristiwa ini pernah berlaku beberapa tahun yang lalu sewaktu aku masih menuntut disalah sebuah pondok moden dikemaman.nak diringkaskan cerita,sewaktu aku dalam bas untuk pulang ke besut,ada dua orang anak muda yang sedang mabuk cinta turut berada dalam bas tu.kebetulan pula waktu itu aku berada ditempat duduk yang paling belakang,mungkin mereka berdua tak sedar yang aku sedang perhatikan rasa 'romantis' pasangan dua sejoli tu..sejoli la sangat..

Dalam hati aku waktu itu seakan bergoncang kerana takut untuk menegur,tapi aku bukan penakut,cuma cuak sikit je..he.he.yea la kan,bukan senang orang nak buat kerja ni kalau tak ada keberanian.so,aku ambik keputusan memberanikan diri untuk aku 'lempang' mereka,maksud aku adalah mengajar hatinya bukannya mencari gaduh..hati aku berkata,kalau nak jadi apa pun jadilah,aku sanggup gaduh kalau budak tu melawan..buat-berani je aku ni.hi.hi.tapi takpe,Allah kan ada..


ish..Makin lama makin berbulu mata aku tengok lagak diorang berdua yang hilang rasa malu, dengan tiba~tiba tangan aku menepuk bahu si lelaki tu,lalu terpacullah perkataan ni"eh,awak boleh duduk elok-elok tak?kan tak pasal~pasal saya tangkap awak dua orang ni..aku cakap lah kat diorang yang aku ni pencegah maksiat..he.he.maklumlah waktu tu aku berpakaian lagak macam seorang yang dah bekerja dan nampak macam pak ustak sikit,padahal aku ni mat rempit je..kah.kah.


Bila budak tu terdengar je aku cakap macam tu,dengan perlahan-lahan cik abang turunkan tangan yang tadinya duk bertenggek kat atas bahu awek dia tu, dalam hati aku ni tak boleh tahan gelak bagai nak rak sebab watak yang aku bawak itu bukannya ada skrip pun dan jauh sekali dibayar oleh production filem ahmad nisfu.tetapi bayaran yang kita dapat hasil kerja mulia ini lebih lumayan dari dunia serta isinya.. 


So,kesimpulannya..walau seteruk manapun akhlak kita,cubalah kita berazam untuk menjadi hamba yang berani dalam menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar..nak dapat pahala ni senang,dan untuk dapat dosa juga adalah tak susah..hari ni kalau kita lihat dalam face book dan juga twitter,ramai anak muda yang sanggup mrndedahkan aurat tak kira lelaki mahupun perempuan.apakah salah untuk kita berikan kefahaman kepads mereka dengan cara yang lembut serta berhikmah..Jangan kita menuding jari dengan menghambur kata~kata keji kepada mereka,Bahkan bersangka baik itu adalah paling dituntut. 


Sekian dulu buat kali ini,kisah yang aku kongsikan tadi bukanlah aku orang yang terbaeek,tetapi sekadar renungan untuk pencinta redho ilahi..sampai ketemu lagi.salam romadhan buat semua..

IZUDDIN ASY-SYARQOWI

05 July 2012

hukum meninggalkan solat fardhu...


Bismillah...saya mulakan perkongsian ilmiah ini dengan rasa syukur kepada Allah yang punya kerajaan yang tidak berpenghujung kerna masih lagi menitipkan kepada kita semua dengan debunga iman yang tak pernah luntur dek fitnah yang mencengkam..saya juga berharap moga-moga solat yang sedang kita laksanakan ini adalah sebagai satu wasilah untuk mencapai redho ilahi.. 


 Pada kali ini saya memilih satu tajuk yang cukup penting bagi mereka-mereka yang suka mengambil enteng dalam meninggalkan syariat Allah yang paling besar ini..berapa ramai ummat manusia yang mengaku dengan lisan bahawa nabi muhammad itu adalah penghulu segala manusia dan seisi dunianya akan tetapi tidak menunaikan solat.kalau kita melihat sejarah ketaatan rosuulullloh s.a.w,baginda tetap juga akan bersolat sekalipun dalam keadaan sakit,dan pernah rosuululloh berjamaah di masjid dalam keadaan dipapah ..cukup berbeza pula dengan kita,baru sahaja sakit gigi dah tinggalkan sembahyang, kalau Nak cakap bab tutup aurat ni lagila kan..cuba kita renung bagi diri yang bersolat..apakah Allah itu melihat ketika kita sembahyang je ke?oleh sebab itu,bila kita dapat merasai hakikat solat,nescaya segala perlakuan keji akan dapat disangkal insyaallah.. 


 Dalam menghukumkan orang yang meninggalkan solat fardhu secara sengaja,para ulama berselisih pendapat,adakah dihukumkan kafir atau muslim yang aasyii {menderhaka}..maka kebanyakan dari mereka ada yang sepakat mengatakan,sekiranya orang itu meninggalkan Solat secara sengaja serta mengingkari akan kewajipannya,maka dicap sebagai kafir yakni telah keluar dari agama islam,Kerana dia telah meninggalkan satu perkara pokok dalam dalam rikun islam..demikian pula hukumnya kalau dia mengingkarkan salah satu rukun dari rukun iman mahupun rukun islam..tetapi kalau meninggalkan solat disebabkan malas sedangkan hatinya meyakini kewajipan menunaikan sembahyang itu,maka dikira sebagai muslim yang derhaka kepada Allah..Dan hukumnya hendaklah diperintah supaya menunaikan sembahyangya serta merta,kalau dia enggan barulah dihukum bunuh..ini adalah pendapat dari kebanyakan ulama' termasuk imam syafi' dan imam malik. 


 Ada lain pendapat juga yang mengatakan bahawa orang yang meninggalkan sembahyang itu secara sengaja mahupun tidak secara automatik dihukumkan kafir berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud "diantara seorang hamba dengan kekufuran adalah meninggalkan sembahyang" hadis ini diriwayatkan oleh imam muslim. 


 Mungkin sekali apa yang dimaksudkan oleh hadis tadi,orang yang meninggalkan solat dengan mrngingkarkan kewajipannya,atau bermaksud untuk memberatkan hukuman orang yang meninggalkan solat itu,kerana ada sebuah hadis yang lain memberikan pengertian yang berbeza,iaitu "lima sembahyang telah diwajibkan keatas hamba-hambanya.barangsiapa yang menunaikan kesemuanya,Allah berjanji akan memasukkannya kedalam syurga Allah,sesiapa yang meninggalkannya,Allah tidak menjanjikan apa-apa kepadanya,kiranya Allah mengampunkan atau mengazabkan itu adalah urusan Allah...

09 February 2012

Kira-kira amalan diri...


Salaaamullohi alaikum teman2 pencari damai...sudah berkurun aku tak melabuhkan coretan di muka yang sempit tika kering idea tetapi bak hamparan andai akal masih berbunga khusyuk..alhamdulillah,kekuatan ini milik pencipta yang ditiupkan sedikit untuk hambanya..moga nikmat anggota,nikmat akal dan fikiran ini dapat kita gnakan dengan semaksmum mungkin dalam mencapai redho Alloh..

teman yang budiman..waktu yang singkat ini ingin aku berkongsi satu perkara yang kadang2 kita lupa dalam menghayati erti seorang hamba..akhir-akhir ini,fikiranku seolah merasakan bahawa kehidupan yang sedang kita jalani ini adalah kehidupan yang tidak mencapai maksud hamba yang brstatus soleh..mengapa dan kenapa terbit dari tulisanku tentang hal ini..


teman yang mengerti..cuba kita renung berapa lama masa kita dengan Allah..berapa ketika kita bersujud dengan mengalirkan butiran mutiara dari kelopak mata yang sarat dengan dosa ini?berapa kalikah dalam sehari kita menafikan yang tiada tuhan selain Allah dan nabi muhammad itu pesuruh Allah..ternyata kita banyak melahirkan rasa hilai tawa,riang gembira,berfoya tidak kira masa dan tempat...pernahkah kita singkap kembali sirah seorang insan yang mendapat gelaran al-amin dari musuhnya sendiri waktu ketika dahulu..rasululloh bersolat hingga bengkak kakinya...mengalirkan air mata keinsafan adalah jamuan malamnya..

andai kita terasa akan keperitan mati dengan kurang ibadat itu nescaya akan penuhlah setiap ceruk ruang sujud manusia..tetapi kerna dunia telah membelit dan berjaya menjerat manusia yang penuh angan-angan kosong..teringat aku seorang ulama' yang sufi pernah menyatakan,sesiapa yang berangan untuk menjejakkan kaki ke syurga Allah tanpa membuat amal ibadat serta kebajikan..sebenarnya mereka membuat maksiat disisi Allah s.w.t.

bila kita renung sejenak,amalan kita yang telah kita lakukan kepada Allah teramatlah sedikit berbanding ghairah kita dengan dunia yang fana' ini..oleh kerna itu,kalau nak kita masuk syurga dengan amalan kita..nescaya tidaklah termampu kita..pernah berlaku dizaman nabi yang mulia,nabi bersabda"manusia masuk syurga afalah dengan rahmat Allah dan bukanlah dengan ibadat"..tiba-tiba bangkit seorang sahabat rosululloh menyatakan yang beliau ingin masuk syurga Allah dengan amalannya sendiri..lalu rasululloh bersabda lagi,andai kamu ingin masuk syurga dengan amalan kamu,nescaya tidak dapat kamu bayar nikmat Alah yang banyak..


dengan peristiwa ini perlu kita ingat dan hitung,betapa jauhnya kita dengan Allah dengan menyatakan kita telah banyak beribadat kepada Allah..aku bawa contoh pada kalian,dalam sehari berapa kali kita makan?dan setiap kali kita makan itu terlalu banyak masa yang telah kita peruntukkan..tetapi kita tidak ada masa denfan Allah..nabi bersabda lagi,kita jagalah Allah,nescaya Allah akan jaga kita..

ayuh saudaraku sekalian,sama-sama kita tangisi akan dosa lampau kita..agar kehidupan yang sementara ini terisi dengan berkat dan rahmat Allah..hingga disini dahulu dapat aku kongsikan dengan kalian yang sama-sama melalui lurah yang sama untuk mencari kehidupan yang mendapat pujian disisi pencipa agung...