30 January 2010

kisah juha...


Himpunan Kisah Juha-mencuit hati
Kisah-kisah Juha ni saya kenali sejak form 4 lagi.. di dalm buku bahasa arab tinggi.. Juha ni bolehlah dikira pelawak arab... selalu menggunakan logiknya...

Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang terlalu pelupa dan lurus walaupun cerdik, sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW. Al-Jauhari di dalam kitab menamakannya Juha. Pengarang kitab “Al-Qamus” mengatakan bahawa Juha adalah gelarannya, sedang namanya yang sebenar adalah Dajin bin Thabit. Akan tetapi Ibnu Hajar di dalam kitab “Lisanul Mizan” menafikan bahawa Juha adalah Dajin bin Thabit. Selain Juha Al-Kufi yang berbangsa Arab ini, ada lagi orang bernama Juha, tapi berasal dari Turki. Sehingga kadang-kadang kisah kedua-dua Juha itu bercampur.

Belakang Bererti Hadapan
Abu Bakar Al-Kalbi menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan Juha di Kufah. Ketika itu dia sengaja datang ke Kufah untuk pergi ke rumah hakim. Sesampainya di sana dia berjumpa dengan seorang syeikh sedang duduk berjemur di panas matahari.
“Wahai Syeikh! Di mana rumah tuan hakim?” Tanya Abu Bakar Al-Kalbi kepada Syeikh itu.. “Wara’aka (di belakangmu).” Jawab Syeikh itu. Maka Abu Bakar pun berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah yang dimaksud. “Subhanallah, mengapa engkau berbalik ke belakang?” Tegur Syeikh itu tiba-tiba.. “Tuan kata “di belakangmu”, jadi saya balik ke belakanglah.” Jawab Abu Bakar.. “Dengarlah saudara. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah ....” Lalu Syeikh itu membaca surah Al-Kahfi, ayat 79 yang ertinya: “Kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil setiap perahu dengan paksa.”
“Ikramah berkata,” Kata syeikh itu lagi. “Di belakang mereka maksudnya di hadapan mereka.” Barulah Abu Bakar Al-Kalbi faham bahawa rumah tuan hakim yang sedang dicarinya ada di hadapannya. “Subhanallah......” Kata Abu Bakar kagum. Kemudian dia bertanya: “Syeikh ini Abu siapa......?” . “Abul Ghusn.” Jawabnya.. “Nama yang sebenar?” Tanya Abu Bakar lagi. . “Juha.” Jawabnya. *** Ubbad bin Suhaib juga menceritakan pengalaman yang sama dengan Abu Bakar Al-Kalbi ketika datang ke Kufah. Dia datang ke kota itu untuk mendengarkan tilawah Al-Quran dari Syeikh Ismail bin Abi Khalid. Ketika dia sedang tercari-cari tiba-tiba bertemu dengan seorang Syeikh sedang duduk-duduk. “Wahai syeikh, di mana rumah Ismail bin Abi Khalid?” Tanya Ubbad bin Suhaib. “Terus ke belakang.” Jawab orang tua itu. “Jadi aku mesti berpatah balik?” Tanya Ubbad. “Aku cakap di belakangmu, mengapa mesti berpatah balik.” “Tuan cakap wara’aka, bererti kan di belakangku.” Kata Ubbad bin Suhaib. “Bukan begitu. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku tentang firman Allah “Wa kana wa ra’ahum”, maksudnya “di hadapan mereka.” Ubbad kagum akan kecerdikan orang tua itu..“Siapa nama tuan?” Tanya Ubbad.. “Nama saya Juha.” Jawab orang tua itu. ***

Pekikan Jubah
Abul Hasan menceritakan pula bahawa seorang lelaki telah mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha. . “Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan?” Tanya lelaki itu kepada Juha. “Jubahku jatuh dari atas rumah.” Jawab Juha. “Err..hanya jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?” “Engkau ini bodoh. Jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersamanya?” Kata Juha. ***

Kubur Di Atas Tanah
Suatu hari seorang jiran Juha meninggal dunia, maka Juha bertanggung jawab ke atas pengkebumiannya. Dia lalu pergi kepada tukang gali kubur untuk memesan sebuah kuburan. Akan tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan tukang gali kubur berkenaan dengan upah menggalinya.
Tukang gali kubur meminta upah sekurang-kurangnya lima dirham, dan kalau tidak, dia tidak mahu menggali kubur. Juha tidak setuju akan bayaran sebanyak itu. Tiba-tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa biji kayu papan dengan harga dua dirham dan dibawanya ke perkuburan..“Buat apa kayu itu?” Tanya orang ramai. .“Tukang gali kubur tidak mahu menggali kuburan kalau tidak dibayar sekurang-kurangnya lima dirham. Aku beli papan ini dengan harga dua dirham sahaja. Aku akan tutup saja mayat jiranku itu dengan papan ini dan akan diletakkan di atas tanah perkuburan. Aku masih untung tiga dirham. Di samping itu, si mayat tidak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur. **

Unta Minta Upah?
Suatu ketika Juha pergi keluar untuk membeli gandum. Setelah gandum dapat, lalu dinaikkan ke atas untanya untuk dibawa balik. Tiba-tiba unta yang dikenderainya lari dengan membawa gandum yang baru digiling itu. Setelah beberapa hari kemudian, Juha menjumpai untanya. Akan tetapi Juha mengelak daripada dilihat oleh untanya. “Mengapa engkau menyembunyikan diri dari untamu?” Tanya seseorang kepadanya. “Aku khuatir unta itu meminta wang tambang kepadaku. Oleh kerana itulah aku bersembunyi daripadanya.” Jawab Juha.***

Pada suatu musim haji, ayah Juha keluar ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. Ketika ayahnya akan berangkat, Juha berpesan: “Ayah jangan terlalu lama pergi. Usahakan ada di sini semula pada Hari Raya Aidil adha agar kita dapat menyembelih kurban bersama.” ***


Kambing Ajaib
Semasa remajanya, Juha pernah disuruh ke pasar oleh ayahnya untuk membelikan kepala kambing bakar. Dia pun pergi dan membeli satu kepala kambing bakar yang baik dan dibawanya pulang. Di tengah perjalanan, Juha berhenti dan membuka kepala kambing itu, lalu dimakannya kedua-dua matanya, kedua-dua telinganya, lidahnya dan otaknya. Kemudian sisanya yakni tengkorak- tengkoraknya dibawa pulang dan diserahkan kepada ayahnya.

Sudah tentu ayahnya sangat terkejut kerana kepala tersebut sudah kosong dan bahagian-bahagian lainnya juga hilang. “Celaka kamu, apa ini?” Kata ayahnya.. “Itulah kepala yang ayah minta.” Jawab Juha. “Mana kedua-dua matanya?” Tanya ayahnya lagi.. “Ia adalah kambing buta.” Jawab Juha.. “Mana kedua-dua telinganya.” . “Kambingnya tuli.” Jawab Juha. “Lidahnya juga tidak ada, ke mana?” Tanya ayahnya. “Kambing itu kelu agaknya.” Jawab Juha. . “Sampai pada otaknya juga tidak ada, ke mana?” “Kambingnya botak.” Jawab Juha. Ayahnya tidak dapat menerima kepala kambing yang tidak sempurna itu kerana merasa rugi. “Celaka engkau Juha. Sila kembalikan kepala kambing ini kepada penjualnya, dan tukar dengan yang lain.” Kata ayahnya. .“Pemiliknya telah menjual kambing itu tanpa sebarang cacat.” Jawab Juha. ***

Membeli Bangkai
Suatu hari Juha melihat budak-budak mempermain-mainkan seekor burung yang sudah mati. “Boleh jual kepadaku burung itu?” Tanya Juha. “Burung sudah mati akan engkau beli, buat apa?” Tanya budak-budak itu. “Aku memang ingin memilikinya.” . “Kalau nak juga, sila beli.” Kata budak-budak itu. . Juha membayar burung mati itu dengan harga satu dirham kemudian dibawanya pulang. Sesampainya di rumahnya, ibu hairan dan marah. “Hai Juha! Buat apa kau bawa burung yang sudah jadi bangkai itu?” Tanya ibunya. “ Ibu. Jika burung itu hidup, aku tidak sanggup mengeluarkan seratus dirham untuk membeli makanannya.” Jawab Juha. ***
Nukilan Ummu Ammar at Sunday, May 31, 2009 Labels: kisah

17 January 2010

HARI DEMI HARI KITA DIPERMAINKAN OLEH MUSUH ALLAH...




Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dipenuhi dengan unsur Masonic? Persoalan itu kami tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya selepas membaca dan meneliti gambar-gambar di artikel ini. Mungkin ramai antara kita tidak tahu dan perasan unsur-unsur ini diselitkan sekali pada acara itu. Subliminal Message, ya ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak lari daripada pengaruh Dajal ini.

Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi



Mungkin ramai lelaki yang tidak perasan, yang mereka sendiri pernah memakai sutera. Ya, perkara ini pernah terjadi kepada penulis tanpa disedari. Bagaimana? Tali leher ataupun lebih dikenali sebagai tie yang didakwa oleh bishop pada artikel sebelum ini adalah tanda mereka yang berkhidmat untuk Benedictine Order. Banyak tali leher yang ada di pasaran sebenarnya diperbuat dari sutera dan tidak kurang baju kemeja para korporat. Dan kita memakainya sekaligus membenarkan sabda Rasullulah tentang tanda-tanda kiamat.


Kembali kepada tajuk asal kita. Unsur Masonic di AJL. Sebelum ini telah kami jelaskan tentang peranan artis dalam melaksanakan pelan-pelan Dajal di seluruh dunia. Berikut saya ambil kembali petikan artikel sebelum ini untuk memudahkan anda memahami perkara ini dengan lebih lanjut.

Bagaimana The Elite menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan The Elite berkenaan industri hiburan ini.

1. Kebanyakan rancangan mereka yang melibatkan politik dan ekonomi bergerak di sebalik tabir, contohnya melalui Perjumpaan Rahsia Bilderbergh. Tetapi mereka mempunyai alat yang tidak kurang hebatnya, iaitu Hollywood dan Industri Musik dan melalui inilah mereka dapat menyampaikan mesej-mesej rahsia (subliminal message) mereka kepada penduduk dunia dengan mudah menggunakan 'puppet' mereka ini.

2. Mewujudkan 'The Trend-Makers' seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison, Sex Pistols, Eminem, Curt Cubain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Dan inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu dan kini dengan pelbagai budaya kurang sihat yang diambil dari idol mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan sebagainya adalah dari idol mereka ini.



3. Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi 'puppet' secara tidak mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan sedia ada yang telah ditinggalkan oleh The Elite sebelum ini.

4. Artis yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak sehaluan atau berlawanan tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin diketengahkan itu kerana mereka lah yang mengawal industri ini.

5. Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain, Jimi Hendrix dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program 'Mind Control' seperti MK Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan kesudahannya, saya pasti anda tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.


Kemungkinan artis di Malaysia termasuk di dalam kategori ke 3 iaitu mereka tidak sedar mereka berkhidmat untuk Si Mata Buta ini. Berikut adalah screenshot yang kami ambil dari AJL baru-baru ini. Unfinished Pyramid, All Seeing Eye dan Checkered Floor jelas kelihatan bagi mereka yang peka dengan perkara sebegini.

Checkered Floor!








Artis Illuminati, Rihanna yang menggunakan Checkered Floor dalam persembahannya.



Mungkin bagi pembaca baru tidak mengetahui apa itu sebenarnya Checkered Floor atau lantai petak putih ini. Di sini saya terangkan serba sedikit apa itu lantai petak putih ini. Lantai ini digunakan oleh Mason-mason (Ahli Freemason) di dalam ritual-ritual mereka. Ini sebagai pertemuan antara 2 alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib. Mereka berhubung dengan syaitan-syaitan melalui lantai ini menggunakan sihir terlarang, Kabbalah. Kabbalah dan Freemason tidak dapat dipisahkan. Warna putih mewakili alam kita dan warna hitam mewakili alam ghaib.

Di Ibu Pejabat CIA




Di Lodge Freemason



Dewa Hindu sebenarnya ialah Syaitan yang menyesatkan manusia, perhatikan lantai hitam putih.



Sebelum ini kami telah mendedahkan tentang perihal kumpulan Dewa 19 yang banyak keraguan tentang siapakah mereka, bagi yang belum membacanya anda boleh Klik Sini! Di rumah vokalisnya, juga mempunyai lantai petak hitam putih ini. Sila tonton video klip dari The Lucky Laki, Superman dan perhatikan di akhir-akhir video ada 'scene' Ahmad Dhani dan anaknya di rumah.






Joachim And Boaz dan Unfinished Pyramid!





Contoh paling mudah untuk Unfinished Pyramid, USD 1.


2 tiang Temple Of Solomon, Joachim and Boaz. Untuk artikel tentang Joachim and Boaz di sejadah, Klik Sini!



Rihanna dan Unfinished Pyramid



Mungkin ada pembaca baru yang tertanya-tanya apakah itu piramid yang belum siap atau lebih dikenali dengan Unfinished Pyramid ini. Unfinished Pyramid ini tidak siap kerana rancangan arkiteknya belum lagi siap sepenuhnya. Apakah rancangan arkitek tersebut? Rancangannya ialah untuk membuat manusia terus leka di atas dunia tanpa mengingati penciptanya. Dan apabila piramid itu siap, dengan segala pelan-pelan menjauhkan manusia dari penciptanya barulah arkitek piramid itu akan keluar. Siapakah arkiteknya? Jawapannya ada di atas unfinished pyramid itu sendiri. One Eye!


All Seeing Eye di AJL







Rasanya tidak perlu diterangkan maksud lambang ini kerana saya percaya pembaca sudah tahu apakah makna di sebalik lambang all seeing eye ini. Lambang ini sebenarnya ada di mana-mana cuma kita sahaja yang tidak perasan atau buat-buat tidak perasan. Sila baca artikel sebelum ini tentang All Seeing Eye ini.



The All Seeing Eye Around Us


Adakah semua ini kebetulan yang besar? Checkered Floor, All Seeing Eye, Unfinished Pyramid, Joachim and Boaz. Kami tinggalkan persoalan besar ini kepada anda untuk menilainya.

We Just Only Show You The Door But You The One That Will Choose It.


Pintu A: Teruskan dengan dunia anda sekarang dan terus berada di dunia yang cantik tetapi penuh dengan kepalsuan

Pintu B: Mulai sedar dari tidur yang lena dan berada di dunia yang nyata

16 January 2010

PETANDA AKHIR DUNIA...




2010 telah menjelang. Terasa begitu sekejap sahaja masa berlaku tanpa kita sedari. Semakin hari semakin tua usia kita dan semakin hampir kita kepada saat kematian. Ingatlah tiada yang kekal selamanya melainkan Allah s.w.t. Begitu juga Dajal akan mati setelah menyesatkan manusia di muka bumi ini ribuan tahun. Dari tamadun Mesir Purba, Babylon, Maya, China sehinggalah sekarang dia masih lagi menyesatkan manusia. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk muncul kemabli dan mengaku tuhan/penyelamat.

Tetapi perasankah anda, permulaan 2010 ini penuh dengan pelbagai peristiwa seakan memberi petanda kepada kita. Bagi yang peka dengan keadaan sekeliling mungkin perasan dengan perubahan ini, tetapi bagi yang kurang mengambil tahu mungkin masih tidak tahu. Tidak mengapa, mari kita sama-sama teliti dan renungi kejadian-kejadian yang telah terjadi pada 2010 yang baru setapak melangkah. Jadikan artikel ini sebagai peringatan kepada kita dan sama-sama kita renungkan sementara pintu taubat masih terbuka untuk kita.

Pertamanya saya ingin mengajak saudara-saudari, tuan puan untuk membaca dan renungi sabda Rasullulah ini:

Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan
- Sahih Bukhari

Jika kita perhatikan hadis Rasullulah ini dengan situasi zaman sekarang. Adakah ianya bertepatan? Gempa bumi boleh dikatakan berlaku setiap hari sekarang, pembunuhan juga menjadi satu kebiasaan di mana-mana terutama penindasan umat Islam Palestin oleh rejim Zionis laknatullah.

Mari kita selidiki apa yang telah terjadi pada 2010 dengan harapan ia dapat sedikit sebanyak menimbulkan rasa keinsafan di dalam diri kita semua. Bermulanya 2010 dengan isu penggunaan kalimah suci Allah oleh agama lain yang telah mencetuskan huru-hara di dalam negara sehingga menyebabkan rumah ibadat agama diserang.

Peristiwa gerhana matahari dan bulan juga telah berlaku pada awal tahun ini. Dan peristiwa ini telah terjadi pada 1 Januari 2010 (gerhana bulan) yang telah jatuh pada hari Jumaat dan pada 15 Januari 2010 (gerhana matahari) yang juga jatuh pada hari Jumaat. Dua gerhana yang berlaku dalam jangkamasa 2 minggu dan jatuh pada hari Jumaat. Dan kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat. Adakah ini membawa sebarang petanda dari pencipta alam semesta ini kepada hambanya bahawa masanya kian hampir?



Seterusnya kita beralih kepada bencana alam yang saban hari semakin banyak berlaku. Bermulanya tahun 2010 dengan gempa bumi di Kepulauan Solomon, Haiti, California, banjir di Brazil dan letusan gunung berapi di Congo. Ini adalah antara bencana alam yang saya tahu, mungkin ada lagi yang telah terlaku tetapi tidak saya kongsikan di sini.

Gempa bumi di Haiti




Banjir di Brazil





Gempa bumi di California



Letusan Gunung Berapi Nyamuragira di Congo






Bukanlah mahu menakutkan anda semua tetapi hanyalah untuk anda berfikir sejenak tentang perkara ini. Bumi ini sudah terlalu tua dan Rasullulah pernah bersabda bahawa zamannya dengan kiamat hanyalah ibarat jarak antara jari telunjuk dan jari tengah sahaja. Kini sudah lebih 1400 tahun ia berlalu dan boleh dikatakan semua tanda kecil kiamat sudah terjadi, hanya menunggu tanda-tanda besar untuk terjadi. Wahai umat Islam, sudah tiba masanya kita bangkit kembali, bersatu demi agama Islam tercinta. Sekian lama mereka memecah belahkan kita menerusi fahaman politik yang akhirnya hanya merugikan kita sendiri, Ordo Ab Chao. Bersatulah di bawah satu panji, panji Islam. Sudah masanya kita berubah dan kembali bangkit di akhir zaman.


Sebelum saya akhiri artikel ringkas dari saya, mari kita renungi firman Allah:


Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?


Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).


Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"


Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),


Dan bulan hilang cahayanya,


Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,


(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"


Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!


Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.


Al-Qiaamah 1-12



Fikirkan semula

06 January 2010

RENUNGILAH:BETAPA HALUSNYA PERGERAKAN YAHUDI DAN NASORO LAKNATULLAH...




Sebelum anda teruskan membaca artikel ini saya berharap supaya anda membuka fikiran anda seluasnya Tujuan saya terbitkan artikel ini adalah untuk mencerahkan apa yang sebelum ini gelap dan diikuti oleh ramai dari kita semua tanpa mereka sedari. Semoga apa yang dipaparkan akan membuka minda anda. Selamat Membaca!





Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewngan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentas benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.

Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (mind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazer merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).



Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.



Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not USD 1, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:









Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4
Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang garpu yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.

Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan angka sial bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bitang berbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.








Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:

M=13 A=1 N=14 U=21

1+3+1+1+4+2+1=13

Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.

E dan R
Bold
E=5, R=18
18-5
=13

N,C,H,E,S,T

N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20

1+4+3+8+5+1+9+2+0=33

No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, meyembah syaitan dalam ritual mereka.

AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knight Templar dan salib Kristian:

Salib Templar

Salib Kristian




Salib Templar di Logo AC Milan




Knight Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knight Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.

Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1 dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka 666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juga terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:

A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan.



Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka.



Lagi sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam. Dajal lebih mengetahui diri kita lebih dari kebanyakan dari kita tahu dan dia menggunakannya untuk melemahkan kita. Dan dia menggunakan kelemahan kita ini untuk merosakkan jiwa kita tanpa kita sedar.


Adakah ini yang mahu anda jadikan sebagai pujaan? Sedarkah kita semua menghabiskan banyak duit dengan membeli jersi-jersi yang mempunyai lambang-lambang mereka ini? Tidak kurang mereka yang memakainya ketika solat. Mereka sesungguhnya tidak akan berputus asa menjauhkan kita dari maha pencipta, Allah s.w.t.

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Al-Hijr 39-40


Fikirkan semula





Thanks to:
Muz & Fad



Regards,
efairy