Mari mengenal bintang ummah...
Syeikh Abdul Qadir :
Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu
Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan
pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh
pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che
Wok.
Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA
Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan
pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah
dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau
sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan
kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan
Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar.
Beliau juga telah
melanjutkan pengajian ke Madrasah Darul Ulum ad-Diniyiah, Mekah dibawah
asuhan Musnid Dunya al-Alim al-Allamah as- Syeikh Muhammad Yasin bin
Muhammad Isa Al-Fadani, seorang ulama hadis yang terkenal. Selepas itu
beliau meneruskan pengajian ke Universiti Islam Umm Darman, Sudan dan
akhir sekali mendapat ijazah kuliyah hadis dari Universiti Islam
Madinah.
Banyak pengalaman telah beliau perolehi kerana
kembara ilmu beliau bermula dari India melalui jalan darat merentasi
benua sehinggalah sampai ke Mekah dan Madinah.
Sekembalinya ke tanah air, beliau telah menginfaqkan diri beliau untuk
berdakwah dan kuliyah ilmu di segenap ceruk negeri tanpa mengira penat
dan lelah serta habuan dunia. Sehingga sekarang beliau masih
menyampaikan kuliyah-kuliyah ilmu di Masjid beliau di Kampung Dalam
Lanas, Tumpat walaupun keadaan kesihatan beliau yang selalu uzur. Setiap
kali turun ke masjid untuk memberi kuliyah, beliau terpaksa dipapah
oleh dua orang murid beliau.
Beliau merupakan seorang yang
amat warak dan zuhud serta amat menyayangi sesama manusia sama ada yang
dikenali ataupun tidak. Beliau sentiasa membahasakan dirinya sebagai
‘ayah’ kepada para murid beliau. Setiap kali menyampaikan kuliyah,
tangisan dan air mata tidak dapat dielakkan tatkala tiba pada
kalimah-kalimah ayat al-Quran yang membicarakan tentang dosa dan neraka.
Pernah juga beliau berhenti mengajar kuliyah kerana ingin diamalkan
terlebih dahulu isi kandungan kitab yang ingin disampaikan kepada
murid-murid beliau.
Setiap kali bersalaman, pasti beliau akan
memeluk seseorang itu sambil membisikkan ketelinga orang tersebut
“tolong doakan ayah etek deh.” Tersentuh hati ambo yang jahil ini
apabila seorang alim begitu meminta kita yang jahil ini memohon doa
kepada ALLAH untuk dirinya.Pok su juga ada berkata kepada ambo bahawa
beliau lebih jahil dari ambo dan orang lain,masyaALLAH..begitu merendah
diri sedangkan ambo ini sangat jahil dan timbul rasa malu kerana
hakikatnya ambo yang terlebih jahil.
Lidahnya tidak pernah
sunyi dari zikir dan doa.Jari telunjuknya sentiasa bergerak menandakan
hatinya sentiasa mengingati ALLAH. Setiap kali melangkah, pasti ada
zikir, doa dan wirid yang disebut beliau. Beliau juga merupakan guru
Tareqat Ahmadiyah Idrisiyah ad-Dandarawiyah yang diterima beliau melalui
tiga sanad yang berbeza.Alhamdulillah,syukur kepada ALLAH
subhanahuwataala ambo berasa amat bertuah sekali kerana sempat beliau
yakni pok su musa mendoakan ambo dan meniup doanya diatas kepala ambo
yang hina ini disisi ALLAH subhanahuwataala.
Antara kelebihan
yang ALLAH subhanahuwataala kurniakan kepada beliau adalah dapat
menafsir keadaan jiwa seseorang yang datang untuk mendapatkan nasihat
dan tunjuk ajar beliau sebagaimana yang diceritakan oleh kebanyakan
murid beliau.Buktinya beliau dapat menegur kesalahan dan kesilapan ambo
tampa ambo memberi tahu kepadanya.SubhanaALLAH.
Nama beliau
cukup masyhur meniti dibibir para pencinta ilmu terutamanya pelajar
pondok di seluruh negara. Sehinggakan ramai yang datang dari jauh untuk
mengenali beliau setelah dicadangkan oleh para guru-guru pondok.
Semoga ALLAH SWT akan terus memberkati usia beliau dengan kebaikan dan
ibadah kerana para murid beliau masih terlalu dahagakan ilmu yang berada
dalam gedung simpanan beliau itu..
No comments:
Post a Comment