Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.
Dalam
pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan
Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam
solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.
Semasa
meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram,
posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat.
Jika
dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan
rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan
mengelakkan penyakit sendi.
Pada
posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha
jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan.
Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.
Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud.
Kedudukan
begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak
langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke
seluruh anggota badan.
Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya.
Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah.
Beliau
menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul
niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara
sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat.
Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan.
Cuma
apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan
daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat
dinafikan kebenarannya.
"Kajian
Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan
dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya.
Dalam
satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr.
Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat
berjasa kepada manusia.
Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit.
Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit.
Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga.
Kesihatan
jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat
serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia.
Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan.
Bahaya
yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan
beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar
denyutan jantung dapat dikawal dengan baik.
Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi.
Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit.
Apabila
seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat
semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala.
Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat.
Hasil
kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk
kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat
mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah. UM/-
No comments:
Post a Comment