09 June 2010

menjenguk hari gembira..


sebenarnya dah lama aku tak meneleku dalam menulis ni..entah kenapa hari ni aku rasa macam nak luahkan segalanya kat dalam ni..mungkin aku dah boring kot hidup macam sebelum ni..kadang-kadang perlu kepada perubahan..tapi biarlah masa yang menentukannya..hakikatnya,segala pengharapan dan kecintaan wajib kepada Allah dan nabinya..


Sebenarnya hatiku tergerak untuk melebarkan kata-kata ni bila banyak benda yang aku lihat,banyak yang dikaji..sebenarnya orang islam semakin hilang identiti mereka kerana sikap dan akhlak mereka sendiri..yang paling ketara adalah keadaan di negara kita sendiri,gejala sosial yang melanda bukan perkara yang dapat kita lihat dengan sebelah mata..sebenarnya inilah satu gambaran yang jelas tentang hala tuju sesebuah kehidupan..


Kalau diperhatikan,berapa ramai golongan yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul..meninggalkakn kewajipan bersembahyang,berapa ramai yang tidak menjalankan ibadah puasa,dan berapa ramai yang takut-takut untuk mengeluarkan zakat..sedangkan ini semua adalah ticket untuk menuju kepada keredhaan Allah..

Itu baru je kes yag peribadi,kalau kita langkah jauh sikit,macamana dengan pemuda-pemuda islam dan melayu sekarang ini?lelaki dan perempuannya sama naik..tak kirala dalam apa-apa hal sekalipun..dalam sukan,hiburan..semuanya dah menampakkan runtuhnya akhlak sesetengah ummat islam..


Tapi,aku yakin..janji Allah pasti benar..walaupun sebesar mana dosa yang kita lakukan..Taubat pasti diterima melainkan menyekutukan Allah Taala..sebab tu la,kita diajar oleh nabi supaya mselalu membasahkan lidah kita dengan menyebut nama Allah..segala apa yang ada dalam hati kita yang berlawanan dengan islam,Allah bersihkan hati kita..

Aku sebenarnya tak pandai nak hurai panjang-panjang,lagipun memang tak perlu dihurai..sebab semua orang dah tahu pasal hal ni semua..belajar sampai oversea..taki kira bidang apa sekalipun,balik kampung..lawan islam..tapi yang penting kita saling mengingatkan.


Yang terbaru pulak,pasal pembuangan bayi di kawasan pembuangan sampah..tersangat sayu hati ini bila melihat gambar yang memaparkan jasad seorang bayi yang dipenuhi dengan semut berada di tempat pembuangan sampah..inilah dalil yang dapat kita ambil,bila hati manusia dah rosak..akan berlaku pertembungan yang dahsyat terhadap iman dan kufur..


Kadang-kadang aku paling benci,ada pemipimpin yang bercakap..nak bela bangsa la..apa la..yang ni,apasal tak bela?berapa ramai anak luar nikah yang berjaya dilahirkan dimalaysia?tengokla nanti..selagi hukum islam tak didaulatkan,jangan nak berangan la nak maju dan aman..

Ya Allah,selamatkanlah jiwa ummat Muhammad ini..insyaallah akhir bulan ni aku akan meninggalkan bumi ambiya' untuk sementara waktu..mungkin dalam 5 bulan lepas ni..akan kembali meneruskan kehidupan disini..sebenarnya kerinduan untuk berbakti sudah lama ku pendam dalam hati ini..tetapi terpaksa ditangguhkan untuk seketika..insyaallah dengan kepulangan yang sementara ini,aku harap dapat menenangkan jiwa insan yang tersayang yang selalu menunggu kepulanganku ini...

kalau semua nak tahu,tahun 2 disinilah semangatku makin hilang dalam belajar,tak tahu kenapa.banyak dosa yang aku lakukan yang diketahui ataupun tidak..Alah akan sentiasa menguji hambanya..mudah-mudahan aku dapat habiskan pengajian disini dengan secepat mungkin..pada masa yang sama jugak,aku merasakan sangat-sangat bersyukur kepada Robbul jalil kerana megizinkan aku mkenjejakkan kaki dibumi yang penuh barokah ni..


Setakat ni dahulu coretan hati dari seorang pencinta harakah islamiyyah..mudah-mudahan hati ini ceria bila dapat berkongsi dengan pembaca yang budiman semua..yang masih lagi dalam imtihan,all the best semua..

No comments: